Friday, May 28, 2010

13 Episode Drama Bersiri K.I.T.A (Carefree) menemui penonton mulai 5 April 2010 setiap hari Isnin pukul 10.00 malam di Astro Ria - Episode 1 - 7


Drama 13 episod arahan Michael Ang dan Amo Rizan, K.I.T.A (Carefree) merupa sebuah drama yang menarik disiarkan di Astro ria mulai 5 April 2010 setiap hari Isnin pukul 10.00 malam.

Dibintangi oleh:


Marsha AF3
Scha Al-Yahya
Dawn Jeremiah
Wani Omar

Sinopsis Drama KITA Carefree

Mengisahkan persahabatan 4 wanita jelita iaitu Kiera (lakonan Scha Alyahya), Ilma (lakonan Marsha Londoh), Tania Tan (lakonan Dawn Jeremiah) dan Alisa (lakonan Wany Osmar) yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi.

Sewaktu mereka baru meniti usia 16 tahun, mereka telah membuat perjanjian yang mana mereka berikrar akan sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam apa jua keadaan. Hari demi hari berlalu, kini mereka pun dewasa dan masing-masing mempunyai kerjaya yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi.

Kiera, si jelita yang sewaktu muda merupakan seorang yang berpewatakan lasak dan kasar kini sudah pun bergelar seorang doktor dan mempunyai seorang teman lelaki yang menyayanginya dengan sepenuh hati.

Ilma pula bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada tetapi malangnya si jelita ini kesunyian kerana kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sejak kecil. Kini Ilma sudah pun berjaya sebagai seorang pelakon terkenal yang kaya dan mempunyai banyak harta.

Si jelita bernama Tania Tan pula merupakan seorang yang berpewatakan lurus dan baik hati. Dia bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang bernama William.

Alisa ialah si jelita yang membesar dalam keluarga yang berantakan setelah kedua ibu bapanya bercerai sewaktu dia masih remaja. Sungguh pun begitu, Alisa dengan baik dan kini sudah pun berjaya sebagai seorang pengarang di sebuah majalah fesyen yang terkenal.


Kisah bermula apabila Tania yang bakal bergelar pengantin baru telah menghubungi sahabatnya iaitu Kira, Ilma dan Alisa dan mengkhabarkan berita baik tersebut. Masih berpegang dengan janji mereka untuk sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain, membuatkan mereka semua bersetuju untuk pulang ke kampung halaman dan berkumpul demi menjayakan perkahwinan Tania walaupun masing-masing berpendapat yang berbeza tentang perkahwinan.

Video klip Drama Bersiri sebanyak 13 Episode K.I.T.A. Carefree

Episode 1 K.I.T.A

Episode 2 K.I.T.A

Episode 3 K.I.T.A

Episode 4 K.I.T.A

Episode 5 K.I.T.A

K.I.T.A - Episode 6

K.I.T.A - Episode 7

Drama Bersiri K.I.T.A (Carefree) Episode 6

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan
http://www.tv-malaysia.com/
http://www.videokl.com/
http://ceritadimataku.blogspot.com/ (sumber: gambar & sinopsis)
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...