KRU Studios menerbitkan drama bersiri Arjuna yang mengisahkan alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah.
Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna seorang saja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.
Lakonan Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komeng. Arjuna akan mula disiarkan pada 31 Mei 2010 setiap Isnin jam 9.00 malam.
sumber: http://anizyn.blogspot.com/
SINOPSIS DRAMA ARJUNA (budiey.com)
Pertama kali di TV3, drama bersiri epik “ARJUNA” terbitan KRU Studios akan bertemu dengan para penonton melalui slot Aksi mulai 31 Mei 2010, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.
Membariskan barisan pelakon yang popular seperti Remy Ishak, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata dan Komeng, para penonton akan teruja dengan aksi-aksi para pendekar sakti yang turut dipersembahkan dengan teknik CGI yang canggih.
ARJUNA mengisahkan sebuah alam mistik Samudera yang dikuasai oleh kuasa jahat bernama Gempita Merah. Telah termaktub bahawa seorang pahlawan terbilang bernama Arjuna sahaja yang mampu menewaskan Gempita Merah. Pertembungan Arjuna dan Gempita Merah adalah sesuatu yang paling hebat pernah disaksikan.
Kisah bermula apabila pendita Dzulkarnain mewariskan permata wilis dan pedang Citra Dewata kepada anak muridnya, Adipura dan keturunannya sahaja.
Setelah Grakus dan Gempita berpaling tadah menjadi penjahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti tersebut. Namun, Adipura sempat menyerahkan permata Wilis kepada kedua-dua anaknya Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan.
Arjuna dan Sutera diselamatkan oleh adik Adipura, Cintasari. Arjuna diserahkan kepada Sahar, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera. Manakala jejak adiknya tidak diketahui.
Selepas 18 tahun, Arjuna telah membesar sebagai seorang jejaka yang tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam satu insiden, Arjuna secara tidak sengaja telah menggunakan kuasanya dihadapan orang kampung. Maka, pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan permata Wilis telah ditemui.
Masing-masing telah menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.
Keluarga angkat Arjuna terbunuh, manakala Arjuna telah mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal usulnya. Arjuna telah berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui bahawa Arjuna dan Sutera adalah adik beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna telah belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya. Arjuna juga berkenalan dengan Satria Aduka dan Suria serta Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan.
Rombongan pendekar telah buat persediaan untuk ke bandar diraja untuk bertemu dengan pendita Dzulkarnain. Di sana, Arjuna akan bertemu dengan pendita Dzulkarnain dan cucunya, Cempaka. Bersediakah Arjuna menjadi seorang pendekar sakti yang ditakdirkan untuk menjadi waris kepada permata Wilis? dan pedang Citra Dewata pertarungan antara Arjuna dan Gempita merupakan kemuncak yang pasti mengegarkan dalam drama bersiri ini.sumber: http://ceritadimataku.blogspot.com/
ARJUNA : Episode 1
ARJUNA : Episode 2
ARJUNA : Episode 3
ARJUNA : Episode 4
ARJUNA : Episode 5
ARJUNA : Episode 6
ARJUNA : Episode 7
ARJUNA : Episode 8
ARJUNA : Episode 9
ARJUNA : Episode 10
ARJUNA : Episode 11
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.tv3.com.my/
http://anizyn.blogspot.com/
http://ceritadimataku.blogspot.com/
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
No comments:
Post a Comment