Thursday, May 6, 2010

Drama Syair Untuk Najiha disiarkan setiap Isnin & Selasa pukul 9.00 malam di TV2 - Episode 4 & 8



Tajuk: Syair Untuk Najiha
Waktu Siaran: Setiap Isnin & Selasa di RTM2 jam 9.00 malam
Jumlah Episode: 13
60 minit

Dibintangi oleh:

Rita Rudaini sebagai Najiha
Esma Danial sebagai Hakimi
Faizal Yusup sebagai Syamer
Haliza Misbun sebagai Anne
Irma Hasmie sebagai Adreena
Zainab Osman sebagai Noremi
Fadilah Mansor sebagai Rohana
Ghazali Abu Noh sebagai Nasrun
Kismah Johar sebagai Puan Saidah


Synopsis:

Najiha - 25 tahun, sangat cantik rupa parasnya. Dia hanya bekerja sebagai guru kelas bimbingan di Rumah Anak-anak Yatim namun tidak pernah mengeluh kerana terpaksa membantu ibunya. Di tambah pula dengan beban hutang ayahnya yang telah menghilangkan diri dan melepaskan tanggungjawab begitu saja. Ibunya mengambil upah menjahit baju dan juga menjual nasi lemak.

Syamer juga dari golongan orang yang sederhana. Dia adalah bekas penghuni rumah anak-anak yatim di mana Najiha bekerja. Kiranya, rumah anak yatim itu adalah lambang percintaan mereka yang suci. Sekarang, Syamer telah bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel membaiki motosikal di bandaraya. Tetapi, kerana hanya makan gaji, pendapatannya tidaklah seberapa. Namun Syamer menyimpan hasrat untuk membuka bengkel motosikalnya sendiri.

Najiha dan Syamer saling tak tumpah seperti belangkas. Setiap hari, Syamer akan menghantar dan menjemput Najiha pulang dari kerja dengan menunggang motor buruknya.

Syamer banyak menghabiskan masanya bertunggu-tangga di rumah Najiha yang sudah seperti rumahnya sendiri. Syamer turut membantu ibu Najiha membuat nasi lemak untuk jualan. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia. Tambahan pula, ibu Najiha sering menganggap Syamer adalah rahmat dari Allah yang telah mengembalikan kegembiraannya mempunyai seorang anak lelaki satu ketika dulu.

Abang kepada Najiha telah meninggal dunia dan punca kematiannya adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati sekumpulan kongsi gelap dimana ayahnya telah behutang. Peristiwa hitam itu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga Najiha dan sehingga sekarang mereka sekeluarga sering diugut oleh kumpulan kongsi gelap atau lebih mudah dipanggil "Ah Long".

Syair Untuk Najiha Episode 4

Syair Untuk Najiha Episode 8

Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
TV2
C-Fu Sifoorian: http://www.sifoo.com/forum/
http://www.videokl.com/
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...