Thursday, May 6, 2010

68 Episode Drama Senja Permai setiap hari isnin - Khamis pukul 9.00 malam di Astro Prima


Drama Senja Permai yang mengandungi 68 Episode mula menemui penonton 28 Disember 2009 pada setiap hari isnin - Khamis pukul 9.00 malam di Astro Prima

KELUARA HAIRI


Pelakon: Faizal Hussien
Nama Watak: Hairi Kamaruddin

Watak:
•Seorang yang suka berbelanja besar
•Sentiasa berasa berdosa tetapi mencuba mencari pintu taubat apabila tua nanti.
•Sangat menyayangi isterinya
•Ibunya tinggal bersama-sama, boleh menjaga isterinya di samping dapat mengambil hati ibu dan isterinya
•Hairi meminati bermain golf, tenis dan ragbi kerana menganggap sukan ini mempunyai kekuasan dan nama
•Sentiasa memberi apa sahaja yang diminta oleh isterinya


Pelakon: Zarina Zainuddin
Nama Watak: Mimi Mustafa

Watak:
•Berkahwin dengan hairi semata-sata kerana hartanya sahaja
•Sentiasa ingin berada di tahap yang teratas
•Berusaha mendapatkan gaya fesyen yang terbaru dan terkini di pasaran
•Suka memakai perhiasan yang berjenama dan mahal
•Berpakaian dan ingin berkawan dengan golongan elite kerana tidak mahu di anggap kampungan tetapi sering diperlekehkan

KELUARGA NIK MAZLAN


Pelakon: Hafizuddin Hafiz
Nama Watak: Nik Mazlan Nik Ariff

Watak:
•Bekerja sebagai Pegawai di Jabatan Perikanan
•Berkahwin dengan Khaleeda
•Mempunyai tiga orang anak iaitu Nik Ayeesha, Nik Ameena, Nik Adeena
•Seorang yang bersifat tegas, setia dan juga seorang pembimbing tetapi menyayangi keluarganya.
•Anak lelaki yang ke empat daripada tujuh adik-beradik.
•Dipanggil “Ayah”


Pelakon: Dian P. Ramlee
Nama Watak: Khaleeda Khalid

Watak:
•Isteri dan ibu yang taat setia. Sentiasa menyokong suaminya dalam apa jua keadaan.
•Guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik .
•Dipanggil “Umi”


Pelakon: Ainul Aisyah
Nama Watak: Nik Ayeesha Nik Mazlan

Watak:
•Dipanggil "Kak Long" di dalam keluarganya
•Anak yang sulung
•Keras kepala dan
•Mempunyai perasaan terhadap lelaki yang berumur



Pelakon: Lisa Loy
Nama Watak: Nik Adeena Nik Mazlan

Watak:
•Digelar "Kak Ngah" oleh keluarga
•Peramah dan bijaksana
•Dimanjai, mudah jatuh cinta
•Menyayangi adik-beradiknya asalkan merka tidak mencampuri kehidupan sehariannya.


Pelakon: Erin Ezzryn
Nama Watak: Nik Ameena Nik Mazlan

Watak:
•Dipanggil "Adik"
•Anak yang bongsu
•Anak yang paling disayang oleh ayahnya
•Sentiasa mendapat pandangan ayahnya
•Bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel tetapi dipendam

KELUARGA RAHMAN


Pelakon: Norman Hakim
Nama Watak: Rahman Talib

Watak:
•Seorang lelaki yang mudah dibawa berbincang
•Menyayangi isteri dan keluarganya
•Pelajar graduasi di Amerika di dalam bidang ekonomi
•Meminati sukan golf dan bola sepak
•Seorang yang tidak terlalu mengikut trend semasa
•Tidak pernah mempercayai pada bomoh dan merupakan anak yang bongsu di dalam keluarganya


Pelakon: Marissa Yasmin
Nama Watak: Shazlina Hamdan

Watak:
•Berkahwin setelah bertemu suaminya selepas belajar
•Lahir di Kuala Lumpur namun dibesarkan di Kampung Bahru
•Ibu bapanya kini tinggal di Australia
•Seorang ibu yang baik dan penyayang
•Sangat suka berkebun dan menanam bunga


Pelakon: Aeril Zafril
Nama Watak: Danial Johan Rahman

Watak:
•Seorang yang meminati teknologi
•Pandai membuat ukiran daripada kayu
•Sangat sayang pada ibunya tetapi tidak begitu rapat dengan ayahnya kerena ayahnya jarang berada di rumah.
•Meminati sukan bola keranjang


Pelakon: Nurul Elfira Loy
Nama Watak: Jazmine Rahman

Watak:
•Berbicara menggunakan bahasa inggeris
•Seorang yang mengikut gaya terkini
•Mudah mendapat kawan, seorang perokok
•Rapat dengan ayahnya tetapi jarang dimanjakan
•Mampu berdikari dengan sendiri, pandai menjahit

Mengenai Senja Permai:

Sebuah drama pertama oleh Astro Prima bakal menemui anda! Mempersembahkan, SENJA PERMAI sebuah drama bersiri yang mempunyai 68 episod. Ikutilah kisah menarik suka duka tiga keluarga yang akan disiarkan di Astro Prima (Saluran 105) Disember ini.

Drama ini telah diarahkan mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton daripada semua peringkat umur drama ini sememangnya sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Ia merupakan satu komuniti kehidupan tentang tiga buah keluarga yang tinggal di Senja Permai. Semuanya kelihatan indah dan permai tetapi tiada yang tahu disebalik semua itu. Rahman yang dahulunya tinggal di New York mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. Mengapa? Nik Mazlan sepertinya mempunyai masal dengan keluarganya tetapi adakah semuanya dapat diselesaikan? Hairi dan Mimi kelihatan tertalu baik namun apakah maksudnya?

Drama ini akan membawa penonton untuk megetahui kisah disebalik semua kisah kehidupan keluarga tersebut yang kononnya indah daripada luaran tetapi banyak rahsia dalaman. Jadi, jangan ketinggalan menonton episod pertama SENJA PERMAI 28 Disember ini jam 9.00 malam di Astro Prima (Saluran 105).

Sinopsis:

Permai, sedamai namanya namun, bagai ada barah yang merobek perlahan-lahan mengalirkan cerita tentang tiga keluarga, Rahman, Nik Mazlan dan Hairi.

Sesudah lapan tahun mencari rezeki dalam bidang perbankan di tanah asing, Rahman mengambil keputusan untuk meninggalkan New York, Amerika Syarikat dan kembali ke Malaysia bersama isterinya, Shazlina dan anak-anak mereka, Danial dan Jasmine. Zahirnya keluarga Rahman nampak tenang, namun ada konflik yang membakar. Shahliza yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki Barat telah meninggalkan parut yang amat dalam dalam jiwa Rahman. Sejak kembali ke Kuala Lumpur, soal kecurangan Shazlina ditanam sama sekali, namun itulah barahnya.

Shazlina sering merasa dipinggirkan, lalu membangkitkan azamnya untuk bekerja semula. Danial dan Jasmine pula sejak awal membangkang untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kehidupan yang lebih berwarna di New York. Maka, Senja Heights seolah-olah “neraka” buat mereka. Dalam pada itu, Danial mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik namun tidak direstui Rahman. Tidak lama kemudian, sinar Senja Heights mula terbit buat Danial apabila dia makin meminati Ayeesha, anak kepada jiran mereka Nik Mazlan. Sayangnya Ayeesha sudah berpunya. Jasmine pula mengalami masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru dari segi bahasa, sekolah dan kawan-kawan sehingga sering menjadi mangsa buli. Dia berasa begitu terasing dan seringkali merancang untuk pulang ke kota New York.

Seiring namanya yang bermaksud singa, Nik Mazlan adalah seorang ayah yang tegas kepada tiga anaknya, Ayeesha, Adeena dan Ameena serta suami kepada Khaleeda. Konflik awalnya ialah dia tidak dihormati seorang pegawai wanitanya, Laila, sekaligus mencabar egonya. Dia enggan mengakui kelemahan, namun hari demi hari, Nik Mazlan mulai merasai keserasian dengan Laila yang membuatkan isterinya, Khaleeda rasa terpinggir. Lantas Khaleeda mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran yang akhirnya merungkai rahsia besar Nik Mazlan. Ayeesha pula menjalinkan hubungan dengan lelaki berumur dan ini amat tidak disenangi Nik Mazlan dan Khaleeda. Adeena, anak kedua mereka yang berjiwa romantik, telah jatuh cinta pandang pertama pada Danial. Berusaha keras untuk mencurahkan rasa cinta pada Danial, namun cintanya bukan sahaja tidak dibalas malah Adeena merasakan diri dikhianati apabila Danial menjalinkan hubungan dengan orang yang rapat dengannya. Manakala, Ameena, anak yang paling dimanjai keliru antara persahabatan dan percintaan.

Hairi seorang ahli perniagaan berjaya, baik hati, alim dan pemurah. Namun hakikatnya, Hairi adalah seorang yang licik memperdaya ramai orang melalui skim cepat kayanya. Sikap baik hati dan pemurah hanyalah topeng kepada kejahatannya. Hairi laparkan penghormatan, kekayaan dan nama. Baginya status adalah segala-galanya. Namun, kasihnya terhadap isteri tercinta, Mimi amat tulen. Mimi umpama permata Hairi. Mimi, berusia lewat 20-an, juga dahagakan status. Mimi sanggup melakukan apa saja untuk menyertai golongan elit dan ternama.
Walaupun beberapa kali dipinggirkan dan menjadi bahan jenaka, Mimi tetap berusaha. Hairi dan Mimi belum dikurniakan anak, namun itu tidak pernah menjadi konflik perhubungan mereka. Senja Heights barangkali sebatang jalan yang sepi apabila tiba waktunya, namun gejolaknya juga nyata ketika tiba masanya

Sinopsis Drama Senja Permai Episode 1

Setelah hampir 10 tahun menetap di luar negara, Rahman sekeluarga akhirnya pulang ke tanahair. Mereka tiba di rumah baru mereka di Senja Permai pada tengah malam. Satu keadaan tidak dijangka berlaku apabila rumah kosong yang baru hendak mereka diami telah diceroboh ketika mereka baru hendak pindah masuk. Penceroboh tersebut berjaya melarikan diri.

Keesokan harinya, sedang mereka sekeluarga sibuk membersihkan rumah baru mereka, ibubapa Rahman tiba. Hubungan dingin Shazlina dan ibu mertuanya, Kamariah mencetuskan satu salah faham di mana secara tidak sengaja, Shazlina bersetuju untuk adakan sebuah kenduri doa selamat untuk rasmikan rumah baru mereka dan juga untuk mereka sekeluarga berkenalan dengan jiran tetangga.

Rahman dan ahli keluarganya menjemput jiran-jiran terdekat dan secara tidak langsung berkenalan dengan jiran-jiran mereka. Nik Mazlan, jiran sebelah rumah menawarkan diri untuk menguruskan jemputan ahli masjid dan Hairi, jiran di rumah depan pula untuk menguruskan katering.

Tanpa pengetahuan semua, penceroboh rumah Rahman sebelum ini adalah Farouq, rakan perniagaan Hairi dan Hairi kini sebenarnya merancang untuk dapatkan semula sebuah CD kepunyaannya yang tertinggal ketika Farouq melarikan diri malam itu.

Rahman sangkakan dengan bantuan jiran-jirannya, segala urusan kenduri akan berjalan dengan lancar tapi malangnya sebaliknya berlaku. Kekecohan berlaku apabila disebabkan kesilapan komunikasi antara Rahman dan Nik Mazlan, jemputan yang datang lebih ramai dari yang dijangkakan sehingga makanan tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabkan Kamariah, Shazlina dan isteri-isteri jiran terdekat mereka kelam-kabut cuba sediakan makanan tambahan hingga menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di dapur.

Dalam keadaan di luar kawalan ini, Hairi akhirnya muncul dengan membawa bungkusan makanan yang cukup untuk menjamu seluruh jemputan pada malam itu. Keadaan kembali normal dan Hairi dipandang tinggi oleh semua terutamanya Rahman kerana berjaya menyelamatkan majlisnya sehinggalah polis tiba-tiba muncul dan mengarahkan Hairi ke balai untuk di soal siasat.

Sinopsis Drama Senja Permai Episode 2

Danial mula berkawan dengan Adeena dan menawarkan dirinya untuk tunjukkan Danial kawasan sekitar Senja Permai agar Danial dapat membiasakan diri dengan tempat tinggal barunya. Kemesraan persahabatan Danial dan Adeena tidak begitu disenangi oleh Nik Mazlan yang merupakan seorang yang berfikiran konvensional. Cara Danial membawa diri, yang nampak lebih kebaratan dan lebih terbuka berbanding anak Melayu biasa membuatkan Nik Mazlan tidak selesa membiarkan Adeena berkawan dengannya.

Tidak seperti gadis Melayu biasa yang pemalu atau mudah takut bila diganggu oleh lelaki, Jasmine bertindak untuk melawan balik apabila dia diganggu oleh sekumpulan budak nakal kerana sudah biasa bertindak begitu ketika di luar negara dahulu.

Setelah selesai disoalsiasat polis, Hairi pulang dan dengan tenang dia meyakinkan Zainab dan Mimi yang semuanya sudah selesai dan tiada masalah yang akan timbul selepas ini. Zainab yang risau, tidak percayakan cakap anaknya itu. Hairi kemudian ke rumah Rahman dan berpura-pura hendak meminjam sesuatu tetapi dia sebenarnya ke situ untuk meletakkan sebuah kotak misteri di ruang tamu rumah Rahman.

Perlakuan Ayeesha yang semakin jarang menghabiskan masa di rumah mendatangkan syak kepada Nik Mazlan. Nik Mazlan merasakan Ayeesha mungkin terlibat dengan sesuatu yang tidak baik. Khaleeda menyakinkan Nik Mazlan bahawa dia terlalu melindungi anaknya hingga kelihatannya seperti cuba mengongkong setiap pergerakan Ayeesha. Nik Mazlan rasa ada betulnya kata Khaleeda dan mula memberi ruang kepada Ayeesha.

Kegembiraan Ayeesha yang mula mendapat kebebasan tidak bertahan lama apabila Nik Mazlan “menangkapnya” ketika cuba mencuri masuk ke rumah pada lewat malam setelah dihantar pulang oleh seorang lelaki.

Apakah yang telah dilakukan oleh Hairi sehingga disoal siasat oleh polis? Apa pula yang terjadi kepada Jasmine? Siapakah lelaki yang menghantar Ayeesha pulang?

Sinopsis Drama Senja Permai Episode 21

Hairi dan Farouk semakin sibuk untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Dubai tetapi modal yang diperlukan masih tidak mencukupi. Ketika Latiff memulangkan wang Hairi, Hairi akhirnya mempelawa Latiff untuk membuat pelaburan di dalam projek mereka.

Ibu bapa Shaz, Dr. Hamdan dan Dr. Rubiah singgah ke rumahnya sebelum berangkat ke Dubai. Shaz begitu kelam kabut menyediakan makan malam untuk menyambut kedatangan mereka. Ketika makan malam Shaz menyatakan hasratnya untuk bekerja semula dan tidak disokong oleh Rahman.

Sedikit pertengkaran berlaku antara Kamariah dan Zainab kerana terlupa temujanji mereka untuk bersarapan bersama akibat terlalu asyik berbual bersama Lee untuk mengembangkan perniagaannya.

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ketiga-tiga keluarga ini?

Sinopsis Drama Senja Permai Episode 37

Ayeesha merasa perubahan pada dirinya dan merasakan ada kebarangkalian bahawa dia telah hamil selepas menghabiskan hujung minggunya bersama Faizal. Dia telah membeli ujian kehamilan dan cuba menguatkan semangatnya untuk menjalani ujian tersebut.

Adeena pula cuba bertemu janji secara rahsia bersama Danial. Danial sangat gembira dan seronok ketika berada di HAze dan telah dipelawa oleh Ridz untuk menyertai mereka dan tidak menghiraukan kehadiran Adeena di Haze. Adeena pulang lewat dan telah dimarahi oleh ibunya, Khaleeda. Walaubagaimanapun Khaleeda mengingatkan anak-anak nya yang lain supaya tidak memberitahu bapa mereka tentang kejadian tersebut.

Selain Adeena, Danial juga telah dimarahi oleh bapanya, Rahman kerana pulang lewat malam itu. Walaubagaimanapun Shaz telah menyebelahi Danial dan menyebabkan berlakunya sedikit pertengkaran antara Shaz dan Rahman. Talib bagaimanapun cuba untuk meleraikan Danial dan Rahman.

Latif masih lagi menganggu Hairi dan mendesaknya supaya memulangkan wangnya. Selain itu, Latif agak terdesak untuk mendapatkan wangnya kembali bagi menampung kos pembendahan ibunya.

Video klip Drama Senja Permai

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.astro.com.my
Astro Prima Saluran 105
http://www.videokl.com/
atas sumber maklumat dan gambar)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...